m e m o r y
about stuffs links home Facebook


Cakap Cakap



follow me


Thanks : c r e d i t .


Selamat Ulang Tahun Bonda
18.11.13 | 01:03 | 0 comments




Pada tanggal 17 11 1977

Lahirlah anak sulung perempuan 

kepada pasangan En Kassim dan Pn Napsiah

dan dinamakan

Junita.

aku sangat suka dengan nama itu.

cantik.

secantik tuan punya nama.

secantik budi bahasanya.

senyumannya.

aku tidak bersamanya.

hanya telefon menjadi penghubung.

itupun jarang.

ye mungkin dia sibuk.

atau aku?

dari kecil sampai umur 6 tahun aku dibesarkan nenek.

kemudian dari darjah 1 sampai darjah 6 aku bersamanya.

6 tahun sahaja?

bermula dari situ 

aku bertemunya apabila dia pulang.

bila masa bercuti.

aku memang malas untuk kerumah.

langsung.

mungkin tidak mahu menyusahkannya mejemputku.

jadi aku hanya 

menunggu dia pulang.

kalau tiga hari.

tiga hari aku menatapnya.

tapi kerana kami tidak bersama lagi.

rasa janggal untuk berbicara.

untuk memulakan perkara anak beranak.

perkara tidak lupa antara aku dan dia.

kami pernah bertikam lidah.

di saat itu masing masing penuh keegoaan.

ada juga.

dia pernah mengajarku cara makan.

ya sejak dari itu,

sampai sekarang.

aku pandai memegang chopstik.

garfu dipasangan dengan pisau.

sudu mencedok kuah. 

duduk bersilang kaki.

hirup sup sedikit demi sedikit.

jangan berbunyi cap cap cap bila makan.

dia kata.

"even you are not really a true girl. i believe you are a good woman"

waktu itu sangat terharu.

tuhan terima kasih atas anugerah ini



ibu.

jika hari ni aku tidak makan semeja denganmu.
ketahuilah aku sangat merindukannya.

jika hari ini aku tidak mendengar nasihatmu.
ketahuilah aku memang si hati batu.

jika hari esok aku tidak tersenyum melihatmu.
ketahuilah aku ingin kamu memulakan.

jika hari esok aku si pemegang 10A spm.
ketahuilah itu semua dari doamu

jika hari esok aku seorang jurutera.
ketahuilah itu datang dari sokonganmu.

jika hari esok aku seorang isteri.
ketahuilah aku mencontohimu.

jika hari esok aku seorang ibu.
ketahuilah aku menjadikanmu idolaku.

dan

jika hari esok aku memiliki segalanya.
ketahuilah.

kecil kuman besar bumi 
itu dari doamu.

ORANG TUA DIKERUSI RODA. LUMPUH. MAHU SIHAT. KERANA HENDAK BERBAKTI KEPADA ORANG TUANYA. HARGAILAH SELAGI KUDRAT ADA.